Makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di Sungai Kongkoi, Negeri Sembilan, Malaysia

Ahmad, A.K. and Abd Aziz, Z. and Fun, H.Y. and Ling, T.M. and Shuhaimi Othman, M. (2013) Makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di Sungai Kongkoi, Negeri Sembilan, Malaysia. Sains Malaysiana, 42 (5). pp. 605-604. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
762kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Satu kajian penilaian kualiti ekosistem sungai di Sungai Kongkoi di Negeri Sembilan telah dijalankan dengan menggunakan makroinvetebrat bentik sebagai penunjuk biologi. Pensampelan telah dijalankan di 5 stesen yang telah dipilih dan tiga replikasi sampel air telah diambil untuk dianalisis. Makroinvertebrat bentik telah disampel dengan menggunakan jaring Surber pada tiga titik pensampelan yang berbeza. Pengukuran in situ telah dilakukan bagi parameter suhu, pH, oksigen terlarut (DO) dan kekonduksian dengan menggunakan meter YSI 556 MPS. Analisis makmal dilakukan untuk parameter jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen biokimia (BOD5), permintaan oksigen kimia (COD) dan ammoniakal-nitrogen (NH3-N). Berdasarkan kepada indeks kualiti air (WQI) dan pengkelasan sungai di Malaysia (NWQS), Sungai Kongkoi didapati mempunyai kualiti air yang baik dan berada dalam Kelas 1. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan bahawa kebanyakan parameter kualiti air tidak berbeza dengan nyata di sepanjang stesen pensampelan (p>0.05, α=0.05). Sejumlah 2 filum, 3 kelas, 8 order, 32 famili dan 3228 individu makroinvertebrat bentik telah dikenal pasti dan didominasi oleh famili Baetidae, Perlidae, Hydropsychidae dan Elmidae. Ujian faktor menunjukkan setiap famili di atas adalah paling sesuai digunakan sebagai penunjuk biologi di kawasan rekreasi.

Item Type:Article
Keywords:Indeks kualiti air; makroinvetebrat bentik; penunjuk biologi; Sungai Kongkoi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6153
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2013 08:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page