Penglibatan panel penilai dengan kewibawaan berbeza dalam mengagregat nilai subjektif asas pangkat

Maznah Mat Kasim, and Abdul Aziz Jemain, (2013) Penglibatan panel penilai dengan kewibawaan berbeza dalam mengagregat nilai subjektif asas pangkat. Sains Malaysiana, 42 (5). pp. 667-672. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
490kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Keputusan terakhir yang dicari dalam menyelesaikan masalah berbilang kriteria ialah satu pangkat kedudukan unit yang dianalisis berdasarkan prestasi keseluruhan unit-unit tersebut. Satu cara untuk mendapatkan prestasi keseluruhan setiap unit adalah dengan menggabungkan prestasi dan wajaran kriteria masing-masing melalui pelbagai kaedah pengagregatan. Kajian tertumpu kepada penerapan tiga kaedah asas pangkat dalam menilai kepentingan kriteria yang melibatkan satu panel penilai dengan kewibawaan berbeza. Hanya dua pendekatan pengagregatan berasaskan kaedah pemurataan tertib berpemberat sesuai diutarakan agar hasil akhir boleh dicapai. Setiap pendekatan pengagregatan yang dicadangkan diringi dengan contoh pengiraan.

Item Type:Article
Keywords:Kewibawaan; masalah berbilang kriteria; pangkat; pengagregatan; wajaran
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6162
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Apr 2013 03:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page