Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah di Malaysia = the learning and teaching of history in Malaysian schools

Mohd Samsudin, and Shahizan Shaharuddin, (2012) Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah di Malaysia = the learning and teaching of history in Malaysian schools. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 39 (2). pp. 116-141. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF - Published Version
903Kb

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/

Abstract

Keputusan kerajaan Malaysia menjadikan matapelajaran sejarah Malaysia sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pengajian Malaysia menjelang 2012 mendapat reaksi positif rakyat. Semua pihak bersetuju dengan keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah, tetapi terdapat banyak persoalan berkaitan dengan kandungan silabusnya. Sesetengah pihak mendesak agar kandungan silabusnya dikaji semula termasuklah, antara lain, menilai semula sejarah setiap bangsa di Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya. Artikel ini membandingkan kejayaan dan kegagalan pendidikan sejarah di beberapa negara maju seperti di Britain, Australia dan Kanada untuk melihat sama ada Malaysia boleh belajar dari pengalaman mereka. Artikel ini juga membincangkan kandungan buku sejarah Tingkatan Lima, khususnya berkaitan dengan apa yang sepatutnya diberi keutamaan tentang sejarah Malaysia, selain membincangkan kerelevanan sejarah Malaysia dengan objektif pendidikan. Akhirnya, artikel ini membincangkan masalah berkaitan dengan pengajaran subjek Sejarah di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:pendidikan sejarah; sejarah Malaysia; pembentukan negara-bangsa
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:6232
Deposited By:Ms Ruzita Kamis
Deposited On:17 May 2013 09:56
Last Modified:22 May 2013 11:29

Repository Staff Only: item control page