Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

Er, Ah Choy and Nurul Bariah Mat Lazim, (2013) Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (2). pp. 27-34. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF - Published Version
220kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Ekopelancongan merupakan industri penyumbang terbesar negara pada masa kini. Pemahaman terhadap hubungan yang terjadi di antara alam sekitar dengan pelancongan penting supaya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesejahteraan manusia. Tujuan artikel ini adalah untuk menilai tahap kefahaman manusia terhadap ekopelancongan serta untuk meninjau pengalaman perjalanan manusia berkaitan dengan ekopelancongan. Kaedah kaji selidik dilakukan terhadap 252 responden dari empat buah perkampungan di Mukim Ulu Dong. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman tentang pengetahuan mengenai ekopelancongan dalam kalangan responden masih di peringkat sederhana. Hubungan antara tahap kefahaman ekopelancongan dengan variabel seperti jantina adalah negatif tetapi lemah dan signifikan; dengan variabel umur tidak mempunyai hubungan yang signifikan; dengan variabel bangsa menunjukkan hubungan negatif yang sederhana dan signifikan; dengan variabel taraf pendidikan juga menunjukkan hubungan positif yang agak lemah dan signifikan. Kajian ini mencadangkan bahawa usaha menerapkan kefahaman terhadap ekopelancongan perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka peka akan kepentingan alam sekitar dan kesan kemusnahan alam sekitar. Implikasi daripada kajian ini adalah langkah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk melalui peningkatan tahap kefahaman manusia, sangat penting untuk melindungi alam semula jadi daripada terancam

Item Type:Article
Keywords:ekopelancongan, komuniti lokal, pemuliharaan sumber alam, pendidikan, prinsip ekopelancongan, tahap kefahaman
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6238
Deposited By: Ms Ruzita Kamis
Deposited On:23 May 2013 07:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page