Rahmah Mokhtar, and Nor Azan Mat Zin, and Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, (2011) Model pengguna K-Stailo melalui teknik petua mudah. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 10 . pp. 43-51. ISSN 1823-0113
PDF
Restricted to Repository staff only 1MB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/archive
Abstract
Kajian yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang masih dilakukan oleh pengkaji, iaitu menekankan pembinaan model pengguna Sistem Pembelajaran Adaptif Berasaskan Web (SPABW) atau Adaptive Web Based Education System (AWBES). Personalisasi bagi pengadaptasian pengguna sistem ini diambil dari model Gaya pembelajaran kognitif, Global/Analitikal dan Dunn & Dunn, Visual/Verbal . Model pengguna yang berpandukan perwakilan pengetahuan pakar dan petua mudah digunakan sebagai asas dan teknik mengesan gaya pembelajaran pengguna. Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kesahan perwakilan pengetahuan pakar melalui petua mudah boleh diterima dan di guna pakai dalam permodelan pengguna SPABW. Pembinaan prototaip iaitu K-Stailo, mengaplikasikan pendekatan perwakilan pengetahuan pakar dan petua mudah ini dalam pembinaan enjin taakulan supaya ramalan dapat dilakukan seiring dengan pengetahuan pakar. Pengguna akan dikesan dan diawasi oleh model pengguna dari awal penggunaan hingga ke akhir melalui penggunaan tetikus. Berasaskan tingkah laku pengguna ini K-Stailo dapat mentafsirkan gaya pembelajaran mereka. Formula kejituan telah digunakan oleh pengkaji dan hasil daripada kajian ini, mendapati 80% ramalan K-Stailo adalah tepat dan menunjukkan pendekatan perwakilan pengetahuan pakar dan petua mudah boleh diterima sebagai pengganti soal selidik yang biasa digunakan oleh Pembina SPABW.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | SPABW, model pengguna, petua mudah, gaya pembelajaran |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 6248 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Jun 2013 07:55 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:40 |
Repository Staff Only: item control page