Teknik pencarian maklumat dalam teknologi pengimejan perubatan

Azrulhizam Shapi’i, and Riza Sulaiman, and Anton Satria Prabuwono, and Mohammad Khatim Hasan, and Abdul Yazid Mohd Kassim, (2011) Teknik pencarian maklumat dalam teknologi pengimejan perubatan. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 11 . pp. 11-21. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

2MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/archive

Abstract

Bidang perubatan pada masa kini adalah satu contoh inovasi dalam bidang teknologi maklumat yang dapat memberi manfaat kepada doktor dan pesakit dan juga peralatan perubatan bagi mencegah penyakit. Antara contoh inovasi dalam bidang teknologi maklumat adalah seperti teknologi pengimejan perubatan, teknologi laser dan nanoteknologi. Teknologi pengimejan perubatan adalah penting kerana dapat membantu pakar perubatan menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit.Format teknologi imej perubatan dikenali sebagai DICOM. Format DICOM adalah unik kerana bukan hanya mengandungi gambar pesakit, tetapi juga mengandungi maklumat yang berkaitan dengan pesakit. Makalah ini menunjukkan proses pembangunan perisian bagi mendapat maklumat daripada gambar sinar-x digital (DICOM). Perisian dibangun dengan mengguna Netbeans dan perpustakaan yang diguna ialah DICOM Standard perpustakaan. Perisian pencarian maklumat ini diuji dengan sejumlah data pesakit dan dibanding dengan kaedah pencarian maklumat mengguna pustaka pixelmed.Keputusan menunjukkan perisian dapat mencari maklumat yang terkandung dalam sinar-x pesakit dengan tepat.

Item Type:Article
Keywords:DICOM, perisian, pengimejan, pencarian, sinar-x, teknologi imej perubatan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6251
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jun 2013 07:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page