Reka bentuk DNA mengguna sistem imun buatan objektif tunggal

M.Daman Huri, and Mohd Zakree Ahmad Nazri, and Azuraliza Abu Bakar, and Tribasuki Kurniawan, (2011) Reka bentuk DNA mengguna sistem imun buatan objektif tunggal. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 11 . pp. 41-48. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

534kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/archive

Abstract

Jujukan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) yang tepat penting bagi komputeran DNA agar proses pengiraan berasaskan DNA menghasil keputusan yang berkesan. Untuk menghasil jujukan DNA yang baik, ramai penyelidik berusaha mengurangi kesilapan pengiraan dalam komputeran DNA dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kaedah mereka bentuk jujukan DNA yang baik. Kajian ini membangun kaedah mereka bentuk jujukan DNA berasaskan sistem imun buatan (SIB) bagi mengoptimum reka bentuk jujukan DNA. Teknik Algoritma Pilihan Negatif (APN) dan Algoritma Pilihan Klonal dihibrid dan satu algoritma baharu dihasil bagi mereka bentuk jujukan DNA. Algoritma ini dipanggil Algoritma berasaskan Pemilihan Negatif dan Klonal bagi mereka bentuk DNA atau PNK-D. Secara asasnya, terdapat empat kekangan yang berkesan terhadap gerak balas jujukan DNA iaitu; Hsukatan, keserupaan, kesinambungan, selekoh-tajam dan dua kekangan lain untuk mengekal keseragaman dalam turutan iaitu kandungan-GC dan suhu leleh (Tm). Nilai keempat-empat kekangan ini diagregasi sebagai satu objektif tunggal. Hasil keputusan kajian ini dibanding dengan kajian lepas yang mengguna kaedah pengoptimuman koloni semut (ACO) bagi menyelesai permasalahan reka bentuk jujukan DNA. Hasil perbandingan menunjukkan jujukan DNA dihasil AIS lebih baik daripada jujukan yang dihasil mengguna kaedah ACO.

Item Type:Article
Keywords:Sistem imun buatan, reka bentuk jujukan DNA, komputeran DNA, komputeran lembut, pemilihan negatif
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6254
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jun 2013 08:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page