Penerimagunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: indikator integrasi melalui tafsiran nilai

Amir Zal, W. A. (2011) Penerimagunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: indikator integrasi melalui tafsiran nilai. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 11 . pp. 49-54. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

251kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/archive

Abstract

Perbincangan tentang realiti penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan masyarakat peribumi telahpun dibincang oleh para sarjana tempatan dan antarabangsa. Antara persamaannya ialah isu jurang digital yang wujud antara masyarakat peribumi dan masyarakat arus perdana. Sungguhpun demikian, sintesis dari dapatan kajian para sarjana tersebut dapat disimpul bahawa masyarakat peribumi berupaya menerima pakai TMK dan berintegrasi sebagaimana masyarakat arus perdana. Namun, realiti yang dialami oleh belia Orang Asli dalam isu tersebut masih menjadi tanda tanya. Justeru, kajan ini menyenarai dua objektif bagi memasti isu tersebut dibincang secara lebih mendalam, iaitu menghurai penerimagunaan TMK dan menjelaskan perihal integrasi TMK melalui pegangan nilai belia Orang Asli. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian dilaksana ke atas 24 orang belia Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Lanjan Damansara dan Pulau Carey, Selangor. Pendekatan triangulasi diguna bagi mengumpul data, iaitu melalui perbincangan kumpulan berfokus, temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Data dianalisis melalui perisian komputer QSR NVivo. Dapatan kajian menunjukkan belia Orang Asli menerima pakai TMK. Penerimagunaan TMK didorong oleh nilai keakuran iaitu TMK telah diterima pakai oleh masyarakat arus perdana yang dilihat sebagai lebih terkehadapan dalam soal pembangunan. Kajian ini mencadangkan supaya pembangunan ke atas Orang Asli dilaksana dengan berasaskan tiga prinsip, iaitu berfokus, menyeluruh dan konsisten.

Item Type:Article
Keywords:Belia Orang Asli, penerimagunaan TMK, integrasi pembangunan arus perdana, pengaruh nilai keakuran,prinsip berfokus, menyeluruh dan konsisten
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jun 2013 08:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page