Pembangunan dan penilaian kepenggunaan perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia

Azizah Jaafar, and Chan, Siew Lee and Nor Azan Mat Zin, (2012) Pembangunan dan penilaian kepenggunaan perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1 (1). pp. 1-20. ISSN 2289-2192

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

688kB

Official URL: http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/

Abstract

Terdapat dua halangan utama bagi melaksana pendidikan seksualiti di Malaysia. Pertama, salah faham dalam kalangan rakyat tentang objektif melaksana pendidikan seksualiti. Kedua, pendapat yang mengatakan pendidikan seksualiti adalah bertentangan dengan nilai keagamaan. Justeru, kajian pembangunan dan penilaian perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia (MSE) dijalankan bagi mengenal pasti punca permasalahan dan penyelesaian terhadap salah faham tersebut. Kajian yang menghasil sebuah aplikasi MSE direka bentuk berasaskan subjek seksualiti yang terkandung dalam mata pelajaran sains tingkatan tiga sekolah menengah. Kajian bermula dengan pembangunan kerangka teoretikal MSE, yang terdiri daripada beberapa teori pembelajaran dan teori interaksi antara komputer dan manusia. Model AUSDU direka bentuk bagi memandu proses dalam metod penyelidikan MSE dengan menggabung model ADDIE, teori reka bentuk berpusatkan penggunaan dan konsep kepenggunaan. Beberapa konstruk penilaian kepenggunaan seperti keberkesanan, kecekapan, kepuasan dan kebolehan pembelajaran diberi tumpuan dalam kajian penilaian MSE. Kajian menunjukkan MSE bukan sahaja mampu meningkat prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut, malah pengguna berpuas hati dengan antara muka MSE yang interaktif.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan seksualiti; Teori pembelajaran; Model ADDIE; Reka bentuk berpusatkan penggunaan; antara muka kepenggunaan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6256
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2013 01:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page