Jurang digital dan pendidikan di luar bandar: tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar

Hazura Mohamed, and Hairulliza Mohamad Judi, and Siti Fadzilah M. Noor, and Zawiyah M. Yusof, (2012) Jurang digital dan pendidikan di luar bandar: tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1 (2). pp. 1-13. ISSN 2289-2192

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

323kB

Official URL: http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/

Abstract

Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar dan luar bandar. Kertas ini bertujuan menyelidiki sama ada kemahiran TMK menyumbang dalam merapat jurang digital dengan melihat kajian kes di kawasan luar bandar iaitu Kundang Ulu, Muar Johor. Kajian mengguna soal selidik bagi mengumpul data tentang latar belakang responden, penggunaan TMK dan kemahiran mengguna TMK melibatkan seramai 585 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad (SMKTTA). Hasil kajian menunjukkan peratusan pemilikan komputer dan penggunaan TMK adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar. Kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pihak berkuasa yang lain dalam merangka dasar dan mengenal pasti strategi merapat jurang digital di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Jurang digital; Literasi TMK; Kawasan luar bandar; Akses TMK; Kundang Ulu
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6261
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jun 2013 04:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page