Keperluan kebolehgunaan alatan pengesahbetulan formal

Rozilawati Razali, and Garratt, Paul (2012) Keperluan kebolehgunaan alatan pengesahbetulan formal. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1 (2). pp. 37-52. ISSN 2289-2192

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

345kB

Official URL: http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/

Abstract

Tatatanda formal mengguna simbol dan interpretasi matematik bagi menggambar unsur sistem. Formaliti yang dikenakan oleh tatatanda tersebut memboleh ketepatan dan ketekalan model sistem disah oleh alatan pengesahbetulan. Namun, tatatanda formal secara umum adalah sukar difahami dan diguna. Sebagai instrumen sokongan, alatan pengesahbetulan seharusnya berupaya mengatasi kekangan ini. Kajian ini mempersembah satu kaji selidik yang dilaksana ke atas dua contoh alatan pengesahbetulan yang menyokong tatatanda formal iaitu ProB dan B-Toolkit. Kaji selidik ini bertujuan mengenal pasti ciri kebolehgunaan yang perlu ada pada sesuatu alatan pengesahbetulan. Kaji selidik ini mengguna rangka kerja Cognitive Dimensions of Notations (CD) dan beberapa kriteria yang dicadang oleh piawaian International Organization for Standardization (ISO) sebagai instrumen kajian. Enam puluh tiga peserta memberi maklum balas terhadap kajian ini. Data dianalisis mengguna pendekatan Grounded Theory. Analisis ini memboleh pengenalpastian ciri abstrak dan sifat yang membentuk garis panduan bagi mereka bentuk alatan pengesahbetulan yang berguna. Garis panduan ini meliputi tiga kategori ciri utama iaitu Antara muka, Utiliti dan Pengurusan Sumber. Ciri tersebut diperinci dengan penyataan sifat dan dimensi khusus pelaksanaannya. Garis panduan ini boleh diguna sebagai rujukan oleh pereka bagi mereka bentuk alatan pengesahbetulan yang menggalak penggunaan tatatanda formal.

Item Type:Article
Keywords:Keperluan kebolehgunaan; Alatan pengesahbetulan formal; Kajian empirikal.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6264
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jun 2013 04:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page