Kebarangkalian secara automatik dalam alkhwarizmi bayes untuk aplikasi agen bualan

Nazlia Omar, and Masnizah Mohd, and Yusman Jamat, (2013) Kebarangkalian secara automatik dalam alkhwarizmi bayes untuk aplikasi agen bualan. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 2 (1). pp. 27-37. ISSN 2289-2192

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

124kB

Official URL: http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/

Abstract

Agen bualan merupakan salah satu aplikasi yang boleh diguna untuk mendapat maklumat secara dialog mengguna bahasa tabii. Kajian ini mencadangkan alkhwarizmi Bayes yang mengguna nilai kebarangkalian yang dijana secara automatik untuk mentafsir kehendak pengguna kerana dialog ada kalanya membawa maksud yang samar atau mengandungi maklumat yang tidak lengkap. Teknik ini diaplikasi ke dalam agen bualan untuk melihat keberkesanan kaedah yang dicadang. Agen bualan yang dihasil mengguna persekitaran Bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi. Selain itu, agen yang dihasil mampu menganalisis keperluan individu tanpa memerlu input yang lengkap daripada pengguna berdasarkan analisis dan pengemaskinian nilai kebarangkalian yang digunakan dalam pengiraan alkhwarizmi Bayes.

Item Type:Article
Keywords:Alkhwarizmi Bayes; Padanan Corak; Agen Bualan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6268
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jun 2013 07:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page