Nor-Fazilla, M. and Samat, A. and Mazlan, A.G. (2013) Morfologi struktur halus organ deria-elektro (Ampullae of Lorenzini) ikan yu Carcharhinus melanopterus, C. limbatus dan Chiloscyllium griseum. Sains Malaysiana, 42 (6). pp. 737-742. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Satu penyelidikan telah dijalankan untuk mengesan struktur halus organ deria-elektro (Ampullae of Lorenzini) pada Carcharhinus melanopterus, C. limbatus dan Chiloscyllium griseum. Organ ini amat peka terhadap beberapa bentuk rangsangan terutamanya untuk mengesan kedudukan mangsa, penentuan arah dan mengawan. Di dalam makmal, suatu bahagian organ deria ini dipisahkan daripada lapisan dermis kepala ikan yu. Pemerhatian dan pengambilan imej struktur organ deria telah dibuat menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM). Imej-imej yang diperoleh jelas menunjukkan organ deria pada Carcharhinus melanopterus, C. limbatus dan Chiloscyllium griseum berbentuk ampulari terkumpul di dalam kluster. Saluran-saluran deria yang menghubungkan ampula dengan pori didapati mempunyai orientasi panjang dan susunan yang berbeza-beza pada spesies yang berlainan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ampula; ikan yu; struktur organ deria |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 6276 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jun 2013 01:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:40 |
Repository Staff Only: item control page