Definisi miopia menggunakan retinoskopi tanpa sikoplegia dalam kalangan pelajar Melayu

Saadah Mohamed Akhir, and Norhani Mohidin, and Norliza Md Fadzil, and Rokiah Omar, (2013) Definisi miopia menggunakan retinoskopi tanpa sikoplegia dalam kalangan pelajar Melayu. Sains Malaysiana, 42 (6). pp. 753-758. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
362kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Miopia pada kebiasaannya didefinisi sebagai sfera setara ≥ -0.50 D dalam banyak kajian yang dilaporkan. Namun demikian tidak banyak laporan berkaitan kesensitifan dan kekhususan definisi miopia yang dipilih apabila penyelidik melaporkan prevalen dan taburan miopia dalam populasi yang dikaji. Objektif kajian ini adalah membezakan kesensitifan and kekhususan setiap definisi miopia yang dipilih, iaitu -0.50 D, -0.75 D dan -1.00 D dan untuk mengenal pasti kebolehan definisi tersebut meramalkan ralat refraksi miopia pada akuiti penglihatan kurang daripada log MAR 0.3 (6/12) dalam kalangan pelajar Melayu. Seramai 866 orang pelajar Melayu berumur antara 7-10 tahun mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Akuiti penglihatan diukur menggunakan carta log MAR dan ralat refraksi diukur menggunakan retinoskopi tanpa sikloplegia. Keputusan kami menunjukkan kesensitifan dan kekhususan definisi miopia yang dipilih iaitu ≥ -0.50 D adalah 54.5% dan 97.8%, untuk definisi miopia ≥ - 0.75 D adalah 71.1% and 97.5% dan untuk definisi miopia ≥ -1.00 D adalah 83.3% dan 97.2%. Luas lengkok ROC untuk setiap definisi miopia -0.50 D, -0.75 D dan -1.00 D ialah 0.676, 0.839 and 0.957. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan definisi optimum miopia untuk pelajar sekolah Melayu berumur antara 7-10 tahun ialah ≥ -1.00 D, dengan menggunakan kaedah retinoskopi tanpa sikloplegia. Definisi ini boleh mengenal pasti 95.7% pelajar mempunyai akuiti penglihatan kurang daripada log MAR 0.3 dan ia mempunyai gabungan kesensitifan (83.9%) dan kekhususan (95.7%) terbaik.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak sekolah; miopia; ROC; kesensitifan; kekhususan; tanpa-sikloplegia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6278
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jun 2013 01:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page