Fonologi kavalan: kajian sinkronik dan diakronik

Li, Paul Jen Kuei (2012) Fonologi kavalan: kajian sinkronik dan diakronik. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 3 (2). pp. 21-37. ISSN 2180-043X

[img]
Preview
PDF
67kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/terjemah

Abstract

Bahasa Kavalan adalah salah satu bahasa Austronesia (Melayo-Polinesia) yang dituturkan di bahagian timur pantai Taiwan. Pada masa sekarang, bahasa ini hanya dituturkan segelintir orang. Tinjauan kepustakaan lepas mendapati maklumat mengenai bahasa ini sangatlah terbatas, iaitu cuma ada 370 perbendaharaan kata telah disenaraikan dalam monograf Ferrell(1969) selain sebuah makalah sederhana yang dihasilkan Li (1978a) The Case-Marking Systems of the Four Less Unknown Formosan Languages. Sehubungan itu, sehingga kini, bahasa ini masih lagi “bahasa yang belum diketahui dengan sepenuhnya”. Disertasi Shigeru Tsuchida (1976) di Universiti Yale telah menggunakan pelbagai data bahasa Austronesia di Formosa, termasuk Thao dan Pazeh, tetapi tidak meliputi bahasa Kavalan, kerana kekurangan data yang menyakinkan (Tsuchida 1976: 10). Kedua-dua ahli linguistik Jepun, Shigeru Tsuchida dan Tsunekazu Moriguchi, telah melakukan kajian lapangan tentang bahasa Kavalan; namun sehingga kini, belum ada penerbitan berkaitan bahasa ini. Selain penulis, belum pernah ada sarjana Cina telah mengkaji bahasa ini.Suku Kavalan cenderung bertutur bahasa Cina dan Amis dalam hidup seharian mereka. Dengan itu, bahasa ini mengalami Sinafikasi (pencinaan) dan akan pupus sekiranya tidak direkodkan dengan segera.Tujuan utama makalah ini adalah untuk memperoleh fonologi bahasa Kavalan. Laporan ini hanya sebahagian daripada hasil yang diperoleh daripada usaha penulis tentang bahasa Kavalan. Dari segi kajian sinkronik, penulis melakukan deskripsi fonetik, meninjau distribusi dan fonostatik. Dari segi kajian diakronik, penulis menelusuri perkembangan sejarawi bahasa ini tidak sahaja dari segi perubahan bunyi, tetapi juga mengenalpasti lebih dari 100 kata kognat.

Item Type:Article
Keywords:Fonologi ; Fonetik ; Bahasa Kavalan
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu
ID Code:6301
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:11 Jul 2013 00:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page