Sintesis dan kawalan morfologi struktur-nano TiO2 menggunakan kaedah hidroterma untuk aplikasi sebagai elektrod sel suria sensitif pewarna

An’amt Mohamed Noor, and Shahidan Radiman, and Huang, Nay Ming and Lim, Hong Ngee and Mohd Ambar Yarmo, and Sapizah Rahim, and Shahrul Izwan Ahmad, and Siti Aisyah Shamsudin, and Mohd Shaiful Sajab, (2013) Sintesis dan kawalan morfologi struktur-nano TiO2 menggunakan kaedah hidroterma untuk aplikasi sebagai elektrod sel suria sensitif pewarna. Sains Malaysiana, 42 (7). pp. 967-974. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Struktur-nano TiO2 dengan pelbagai saiz dan bentuk telah disintesis melalui kaedah hidrotermal menggunakan serbuk nanozarah TiO2 sebagai prekursor. Sistem hidrotermal yang mudah, murah dan bebas templet pada suhu rawatan 180ºC, pengaruh medium alkali dengan penambahan NaOH dan KOH ke atas saiz, morfologi dan sifat fotovoltaik struktur-nano TiO2 telah dikaji. Sampel telah diperincikan oleh mikroskopi elektron transmisi (TEM), analisis penyebaran tenaga sinar-x (EDAX) manakala keupayaan fotovoltaik sel suria sensitif pewarna (DSSC) diukur menggunakan Gamry Potentiostat Series G-300. Hasil kajian dengan menggunakan agen alkali yang berlainan (NaOH dan KOH) jelas mempengaruhi morfologi TiO2 dan sel suria sensitif pewarna yang terdiri daripada struktur nanorod TiO2 menunjukkan keupayaan terbaik dengan voltan litar terbuka (Voc) sebanyak 416.8 mV, ketumpatan arus litar terbuka (Jsc) sebanyak 0.169 mA/cm2 dan kecekapan penukaran (η) sebanyak 0.0232% di bawah iluminasi lampu xenon AM 1.5.

Item Type:Article
Keywords:Hidroterma; nanokeping; nanorod; nanotiub; nanowayar
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6314
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jun 2013 07:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page