Perbandingan model jangkaan bagi taburan sintilasi troposferik untuk frekuensi jalur ku di Malaysia

Rohaniza Mohd Zali, and Mandeep Jit Singh, (2012) Perbandingan model jangkaan bagi taburan sintilasi troposferik untuk frekuensi jalur ku di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 24 . pp. 1-6. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
480kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/article/vi...

Abstract

Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kepentingan pemahaman yang mendalam terhadap ciri-ciri taburan data perambatan isyarat setempat serta mengenalpasti dan meramal keseluruhan kesan dari gangguan yang wujud di sepanjang medium perambatan gelombang iaitu atmosfera yang boleh melemahkan isyarat gelombang radio yang dihantar. Jangkaan atau ramalan terhadap kesan pada kelemahan isyarat amatlah perlu bagi tujuan penentuan bajet pautan (link budget) dan sekaligus membolehkan rekabentuk sistem rangkaian komunikasi yang lebih baik dibina. Sehubungan itu kajian ini telah menggunakan data yang dikumpul selama setahun melalui satelit Beacon iaitu untuk tempoh bermula dari April 2008 sehingga April 2009. Data isyarat sintilasi yang berfrekuensi 12.255 GHz dengan sudut dongakan antena 40.1° ini telah dianalisis dengan mendapatkan nilai purata amplitud isyarat, χ serta nilai sisihan piawai, σ, yang dinyatakan dalam dB untuk mendapatkan taburan keamatan isyarat sintilasi jangka panjang. Data yang telah dianalisis kemudiannya dibandingkan dengan model jangkaan/ramalan yang sesuai iaitu model Karasawa, ITU-R, Otung dan Akhondie. Keempat-empat model ini telah dibuat perbandingan berdasarkan nilai RMS ralat merujuk kepada nilai data ukuran untuk mengukur potensi model-model ini. Dari perbandingan yang telah dibuat dalam kajian ini, telah terbukti bahawa model Otung mempunyai potensi dan kebolehan ramalan atau jangkaan yang lebih baik berbanding model yang lain berdasarkan parameter meteorologi dari sampel data yang dipilih dengan perbandingan nilai peratusan ralat yang paling rendah.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:6323
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Jun 2013 01:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page