Pengaruh perubahan suhu terhadap modulus elastik lapisan turapan boleh lentur

Mohd Raihan Taha, and Sentot Hardwiyono, and Nur Izzi Md. Yusoff, and Khairul Anuar Mohd Nayan, and Mohd. Rosli Hainin, (2012) Pengaruh perubahan suhu terhadap modulus elastik lapisan turapan boleh lentur. Jurnal Kejuruteraan, 24 . pp. 7-14. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
532kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/article/vi...

Abstract

Pada umumnya, modulus kekukuhan sistem turapan boleh lentur dipengaruhi oleh perubahan alam sekitar di mana perubahan suhu dan musim (hujan) masing-masing akan mempengaruhi kekuatan lapisan turapan berasfalt dan lapisan tidak berasfalt seperti lapisan tanah dasar. Kebiasaannya, kesan suhu terhadap lapisan turapan boleh lentur di tapak boleh diuji melalui dua kaedah. Pertamanya, melalui ujian musnah di mana sampel yang telah dikorek akan diuji di makmal, sebagai contohnya mengunakan alat universal testing machine (UTM). Keduanya, ujian tidak musnah seperti ujikaji di tapak yang menggunakan peralatan seperti falling weight deflectometer (FWD) dan spectral analysis of surface wave (SASW). Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pengaruh suhu pada regangan yang berbeza terhadap jalan raya Soekarno-Hatta dan Cikampek-Purwakarta di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Dapat diperhatikan bahawa kaedah ujikaji dan tingkat regangan yang berbeza telah menghasilkan nilai modulus elastik turapan boleh lentur yang berbeza. Semakin tinggi suhu yang dikenakan pada lapisan turapan boleh lentur, semakin menurun nilai modulus elastiknya. Sebaliknya, semakin rendah suhu yang dikenakan pada lapisan turapan boleh lentur akan menghasilkan nilai modulus elastik yang semakin tinggi. Kaedah ujikaji yang berbeza (FWD, UTM dan SASW) pada lapisan turapan berasfalt diperhatikan juga dipengaruhi oleh perubahan suhu.

Item Type:Article
Keywords:SASW; FWD; UTM; modulus elastik dan turapan boleh lentur
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:6329
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Jun 2013 02:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page