Aktiviti pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan jurulatih debat

Rosni Samah, and Mohd Fauzi Abdul Hamid, and Shaferul Hafes Sha’ari, and Amizan Helmi Mohamad, (2013) Aktiviti pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan jurulatih debat. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (2). pp. 99-116. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
467kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Pendebat bahasa Arab di peringkat sekolah menengah kebangsaan merupakan pelajar yang petah bertutur dalam bahasa Arab. Mereka memperolehi kemahiran bertutur melalui sesi latihan debat yang dijalankan di sekolah. Sesi tersebut diajar oleh guru jurulatih debat dengan menggunakan pendekatan tersendiri bagi mencapai kepetahan bertutur. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti apakah pendekatan pengajaran kemahiran bertutur yang digunakan oleh guru jurulatih debat bahasa Arab dalam membimbing pendebat petah bertutur bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan oleh guru jurulatih debat dalam pendekatan pengumpulan perkataan dan ayat, pendekatan pengukuhan dan pendekatan aplikasi. Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi tiga pendekatan tersebut. Borang tersebut diedar kepada 34 orang guru pelatih debat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama pilihan. Hasil dapatan menunjukkan guru jurulatih debat selalu menggunakan kesemua aktiviti yang dinyatakan dalam ketiga-tiga pendekatan. Antara aktiviti yang mendapat min tertinggi dalam mengumpul perkataan dan ayat ialah mencari makna perkataan baharu dalam subjek bahasa Arab melalui kamus Arab-Melayu. Dalam pengukuhan perkataan dan ayat pula, aktiviti yang mendapat min tertinggi ialah membetulkan kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar. Dalam aplikasi perkataan dan ayat pula antara aktiviti yang mendapat min tertinggi ialah menyuruh pelajar menterjemah ayat atau perkataan yang tidak difahami dan menyuruh mereka membuat ayat pendek. Kajian ini mencadangkan supaya pendekatan pengumpulan perkataan dan ayat, pengukuhan serta aplikasi hendaklah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah untuk meningkatkan pencapaian kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:bahasa Arab; debat; bertutur; pendekatan berdebat; kemahiran bahasa Arab
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6330
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2013 02:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page