Analisis antena tampal mikrojalur bagi jalur L1 dan L2 bagi aplikasi sistem penentududukan global

Umniyyah Ulfa Hussine, and Mohammad Tariqul Islam, and Norbahiah Misran, (2012) Analisis antena tampal mikrojalur bagi jalur L1 dan L2 bagi aplikasi sistem penentududukan global. Jurnal Kejuruteraan, 24 . pp. 29-33. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
429kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/article/vi...

Abstract

Satu reka bentuk antena dwi-jalur yang baru dengan gandaan yang tinggi telah dibangunkan untuk aplikasi Sistem Penentududukan Global (GPS) meliputi jalur frekuensi L1 dan L2 iaitu 1.575 GHz dan 1.227 GHz menggunakan teknik-teknik terkini pelebaran jalur lebar dan pengecilan saiz. Antena ini adalah antena lapisan tunggal yang menggunakan dua struktur slot berbentuk L . Saiz elemen tampal radiasi atas yang merujuk kepada jalur frekuensi atas, L2 adalah 0.441 λo x 0.441 λo x 0.016 λo manakala saiz elemen tampal radiasi bawah pula adalah 0.282 λo x 0.282 λo x 0.016 λo yang merujuk kepada jalur frekuensi bawah, L1 dengan mengambil kira λo sebagai frekuensi pusat. Reka bentuk antena ini mencapai lebar jalur galangan yang baik iaitu 52 MHz daripada 1.213 GHz hingga 1.265 GHz untuk jalur bawah, manakala jalur atas meliputi 161 MHz (1.538 hingga 1.699 GHz) dengan gandaan 6.89 dBi dan 7.26 dBi bagi kedua-dua jalur frekuensi. Analisis reka bentuk yang dijalankan dan dibentangkan dalam kertas kerja ini menunjukkan ciri-ciri sebuah antena yang berprofil rendah menjadikan antena ini sesuai untuk aplikasi GPS.

Item Type:Article
Keywords:Antena dwi-jalur; Sistem Kedudukan Global (GPS); antena tampal mikrojalur; lebar jalur
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:6333
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Jun 2013 02:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page