Karim Harun, and Maslida Yusof, (2013) Aspek kala dalam nahu Melayu abad ke-17: perspektif orang Belanda. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (2). pp. 135-148. ISSN 1675-8021
|
PDF
237kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html
Abstract
Bahasa Melayu tidak mempunyai sistem kala seperti bahasa Latin, Inggeris, dan Belanda. Dalam bahasa Melayu, kala atau waktu sesuatu pekerjaan dilakukan sering kali tidak dinyatakan, kerana pendengar boleh menentukan waktunya berdasarkan hubungan dan konteks sesuatu ujaran. Namun, dalam pemerhatian awal oleh orang Belanda, bahasa Melayu dilihat dari perspektif yang sama dengan bahasa Belanda. Bahasa Melayu juga dianggap mempunyai penanda kata kerja seperti bahasa Belanda. Berdasarkan jadual-jadual yang dipaparkan dalam bukunya Spareck ende woord-boeck, Fredrick Houtman cuba menunjukkan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu juga boleh dijadikan penanda kala. Makalah ini membincangkan jadual konjugasi Frederick Houtman dengan memberi tumpuan terhadap aspek kala dari perspektif sejarah linguistik. Model Climate of Opinion Koerner akan digunakan untuk menghuraikan aspek kala tersebut. Dapatan memperlihatkan bahawa pemaparan jadual konjugasi tersebut adalah sejajar dengan suasana keintelektualan pada abad ketujuh belas. Pada abad ini penulis nahu memberi penekanan kepada aspek konjugasi disebabkan oleh pengaruh daripada bahasa Latin. Penulisan ini juga sejajar dengan perkembangan penulisan nahu di dunia, atau dengan lain perkataan penulisan ini adalah sejajar dengan suasana keintelektualan pada masa itu. Oleh sebab bahasa Latin adalah lingua academica pada waktu itu, maka pengaruhnya tidak dapat dielakkan. Justeru ini menjadikan bahasa Melayu sejajar dengan bahasa lain di dunia, terutama bahasa Latin sebab Latin bermakna nahu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | konjugasi; penanda kala; pronominal; suasana keintelektualan; kata kerja |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 6335 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Jun 2013 03:25 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:40 |
Repository Staff Only: item control page