Interdiskursiviti dalam wacana iklan produk kecantikan berbahasa Jepun

Maserah Shabudin, and Idris Aman, (2013) Interdiskursiviti dalam wacana iklan produk kecantikan berbahasa Jepun. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (2). pp. 149-168. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
688kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Di dalam strategi periklanan produk kecantikan di Jepun, terdapat kecenderungan yang menunjukkan bahawa pengiklan telah melakukan inovasi iaitu wacana iklan tidak terikat dengan satu genre bagi menggambarkan produk kosmetik sebagai produk untuk kecantikan tetapi telah digembleng dengan pelbagai genre lain yang bersifat saintifik dan farmaseutikal. Makalah ini membincangkan mekanisme interdiskursiviti yang meneliti kedua-dua paradigma tersebut dalam mengenal pasti genre dan wacana-wacana yang dimanfaatkan oleh sejumlah 24 teks dan secara sintagmatik dalam menganalisis bagaimana pertalian antara genre dan wacana-wacana tersebut. Interpretasi menunjukkan bahawa wacana iklan yang dikaji dihasilkan dengan menggabungkan bersamanya dua genre wacana lain, iaitu deskripsi ramuan dan deskripsi fungsi. Deskripsi ramuan digembleng dalam wacana produk dermatologi dan penyelesaian saintifik. Manakala wacana genre deskripsi fungsi dan wacana matematik digembleng dalam wacana produk maskara dan bulu mata palsu. Strategi melalui deskripsi ramuan, membolehkan pengiklan memberitahu khalayak mengenai „apa ramuan‟ yang istimewa serta „mengapa‟ ramuan tersebut digunakan dan „bagaimana‟ ramuan tersebut mampu mencantikkan kulit wajah mereka. Strategi penggunaan deskripsi ramuan, banyak menggunakan jargon saintifik serta bersifat farmaseutikal dan dilihat sebagai satu cara pengiklan ingin menonjolkan „kualiti‟ dan memberi aura kredibiliti kepada produk kecantikan mereka. Strategi melalui deskripsi fungsi bermatlamat bagi memahamkan audiens mengenai fungsi produk dan cara merealisasikan hasil solekan yang diingini. Deskripsi fungsi produk juga muncul dalam bentuk wacana matematik iaitu imej visual dalam matematik membentuk kefahaman yang intuitif menerusi simbol medan bahasa.

Item Type:Article
Keywords:interdiskursiviti; deskripsi ramuan; deskripsi fungsi; iklan produk kecantikan; bahasa Jepun
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6336
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2013 03:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page