Menguji tahap kepuasan perkhidmatan eKerajaan dengan pendekatan model integrasi

Siti Hajar Mohd Idris, and Hasmiah Kasimin, and Zulridah Md Noor, and Noraidah Sahari, (2012) Menguji tahap kepuasan perkhidmatan eKerajaan dengan pendekatan model integrasi. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (2). pp. 55-62. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2012-2.html

Abstract

Kajian lepas menunjukkan tahap kepuasan yang rendah menjadi salah satu sebab mengapa perkhidmatan eKerajaan tidak dapat dioptimumkan. Dengan menggunakan pendekatan model integrasi, kajian ini mengenalpasti faktor yang mempengaruhi secara signifikan tahap kepuasan pengguna perkhidmatan eKerajaan di Malaysia. Berdasarkan data 949 responden yang ditemubual di Negeri Selangor, pemodelan persamaan berstruktur (SEM) mendapati ketepatan padanan adalah tinggi bagi model yang dibentuk. Model ini meleraikan tahap kepuasan kepada dua kategori iaitu tahap kepuasan terhadap maklumat dan tahap kepuasan terhadap sistem. Konstruk kualiti maklumat diukur dengan 4 item manakala kualiti sistem diukur dengan 5 item. Wujud hubungan berstruktur yang positif dan signifikan antara kualiti maklumat dengan tahap kepuasan maklumat yang diberikan, kualiti sistem dengan tahap kepuasan terhadap sistem dan antara kualiti sistem dan kualiti maklumat yang diberikan. Tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan boleh diambil sebagai satu indikator prestasi yang baik. Lompangan antara apa yang disediakan dan apa yang diperlukan mampu diperhalusi supaya penggunaan perkhidmatan ini berterusan meningkat dikalangan rakyat.

Item Type:Article
Keywords:eKerajaan; kepuasan pengguna; pendekatan model integrasi
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:6344
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Jun 2013 01:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page