Analisis perbandingan persepsi majikan sektor awam dan swasta terhadap prestasi graduan UKM

Ishak Yussof, and Rahmah Ismail, (2012) Analisis perbandingan persepsi majikan sektor awam dan swasta terhadap prestasi graduan UKM. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (2). pp. 85-92. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
267kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2012-2.html

Abstract

Persaingan dalam mendapatkan pekerjaan dalam kalangan graduan masa kini telah menjadi semakin sengit kesan daripada proses globalisasi dan penawaran tenaga kerja graduan yang semakin meningkat. Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak terkecuali daripada menghadapi situasi ini, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pesaing di peringkat antarabangsa dalam mendapatkan pekerjaan sektor swasta. Majikan kini lebih suka mengambil pekerja ‘ready made’ dalam ertikata tidak perlu mengeluarkan kos latihan pekerja. Ini menjadi satu kekangan besar kepada graduan kerana ilmu yang ditimba mungkin tidak sampai ke peringkat yang diperlukan majikan terutamanya pekerjaan dalam sektor swasta yang memerlukan kemahiran yang dinamik. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan menganalisis perbezaan persepsi majikan sektor awam dan swasta terhadap graduan UKM. Secara lebih spesifik, makalah ini bertujuan menganalisis sejauhmana persepsi majikan sektor swasta terhadap graduan UKM berbeza dengan majikan sektor awam. Hakikatnya, sektor swasta merupakan penyedia tenaga kerja terbesar dan kegagalan memasuki sektor ini boleh membawa kepada peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Hasil kajian ini mendapati persepsi majikan awam adalah lebih tinggi daripada majikan swasta dalam kesemua atribut graduan yang dikaji. Faktor lain yang mempengaruhi persepsi majikan terhadap graduan UKM termasuklah kaum, sektor, status pekerjaan dan pengalaman kerja responden/majikan.

Item Type:Article
Keywords:Graduan; persepsi majikan; sektor awam; sektor swasta
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:6346
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Jun 2013 02:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page