Kesan ICT terhadap produktiviti pekerja dalam sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia

Liew, Chei Siang and Zulridah Mohd Noor, and Tee, Beng Ann (2012) Kesan ICT terhadap produktiviti pekerja dalam sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (2). pp. 115-126. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2012-2.html

Abstract

Sektor perkhidmatan telah dikenal pasti sebagai pemacu penting pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh RMKe- 10. Sektor ini dijangka berkembang pada 7.2 peratus setahun dan menyumbang sebanyak 61 peratus kepada KDNK pada akhir tempoh RMKe-10. Ekoran daripada sumber-sumber yang terhad dan persaingan dalam meningkatkan daya saing global, peningkatan produktiviti pekerja dalam sektor ini menjadi penting dan kritikal. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelaburan modal ICT dan penggunaan ICT ke atas produktiviti pekerja dengan menggunakan data panel dari tahun 2002 sehingga tahun 2007 bagi lima sub sektor perkhidmatan iaitu pendidikan swasta, kesihatan swasta, penginapan, pengangkutan dan perkhidmatan ICT. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan positif yang signifikan antara pelaburan modal ICT dan penggunaan ICT dengan produktiviti pekerja. Sub sektor perkhidmatan ICT memperoleh peningkatan produktiviti yang lebih tinggi daripada pelaburan modal ICT berbanding dengan empat sub sektor yang lain. Oleh itu, usaha-usaha berikut dicadangkan untuk meningkatkan faedah yang diperoleh daripada pelaburan modal ICT dan penggunaan ICT: 1) perubahan organisasi untuk menggabungkan lebih banyak komponen ICT dalam operasi harian, 2) pemberian latihan dan pengetahuan ICT yang terkini kepada pekerja, 3) sokongan kerajaan dalam bentuk dana, insentif atau subsidi untuk menggalakkan pembangunan inovasi dan penggubalan pelan strategik ICT.

Item Type:Article
Keywords:Model data panel; produktiviti pekerja; sektor perkhidmatan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:6349
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Jun 2013 06:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page