Kesan kemeruapan kadar pertukaran ke atas pasaran saham di Malaysia

Abu Hassan Shaari Mohd Nor, and Mori Kogid, and Tamat Sarmidi, and Zaidi Isa, (2012) Kesan kemeruapan kadar pertukaran ke atas pasaran saham di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (2). pp. 141-157. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
580kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2012-2.html

Abstract

Kajian tentang hubungan antara pasaran saham dan kadar pertukaran menjadi semakin penting sejak berlakunya krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan krisis kewangan global pada tahun 2008 yang membawa kepada kelembapan pasaran saham dan mata wang asing di kebanyakan ekonomi negara di dunia. Kajian ini cuba melihat hubungan antara kedua-dua pasaran ini dengan fokus kajian kepada kesan kemeruapan kadar pertukaran dan kesan kadar pertukaran ke atas pasaran saham di Malaysia. Menggunakan pendekatan ujian Johansen dengan perubahan struktur, VECM, penguraian varians dan tindak balas impuls bagi data bulanan bermula Januari 1991 – Ogos 2011, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan kointegrasi antara pasaran saham dan kemeruapan kadar pertukaran. Hasil kajian juga menunjukkan kadar pertukaran dan kemeruapan kadar pertukaran merupakan penyebab kepada pasaran saham. Ini memberikan bukti bahawa kadar pertukaran dan kemeruapan kadar pertukaran memberikan kesan ke atas pasaran saham di Malaysia. Selain itu, kajian juga menunjukkan wujud limpahan kemeruapan daripada pasaran kadar pertukaran kepada pasaran saham dan sekaligus mencadangkan kewujudan integrasi antara kedua-dua pasaran ini. Walau bagaimanapun, kesan tersebut agak berbeza dalam tempoh masa yang berbeza. Sementara krisis ekonomi khususnya krisis kewangan mungkin memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi hubungan antara keduadua pasaran saham dan kadar pertukaran.

Item Type:Article
Keywords:Kemeruapan; kointegrasi; perubahan struktur; REER; SPI
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:6351
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Jun 2013 07:06
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page