Pencapaian bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah

Zuraini Jusoh, and Fadzilah Abd Rahman, and Norazlina Mohd Kiram, and Samsilah Roslan, (2013) Pencapaian bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (1). pp. 1-11. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

287kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/current.aspx

Abstract

Kertas kerja ini mengkategorikan murid-murid yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), iaitu peringkat C dan D. Oleh itu,kajian kepustakaan telah dijalankan bagi mengenal pasti jumlah calon PMR yang berada dalam kategori ini. Analisis dibuat berdasarkan dokumen yang diperoleh dari Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi tahun 2006 hingga 2011. Data dikumpul daripada lima zon yang mewakili setiap negeri, iaitu zon Pantai Timur, Selatan Malaysia, Utara Malaysia,Tengah, dan Malaysia Timur yang dianalisis secara deskriptif, iaitu peratusan dan kekerapan. Secara keseluruhannya, peratusan calon yang berpencapaian rendah mengikut zon ialah, negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia (25.0% hingga 31.5%),negeri-negeri di Selatan Malaysia (27.6% hingga 35.5%), zon Utara (27.3% hingga 35.2%), zon Tengah (11.7% hingga 33.0%), dan zon Malaysia Timur (24.3% hingga 40.7%). Data menunjukkan Wilayah Persekutuan Putrajaya berada dalam kategori berpencapaian rendah paling sedikit namun, jika diperhatikan kepada peratusan perbezaan dari tahun 2006 hingga 2011, negeri ini mengalami peningkatan yang agak ketara, iaitu sebanyak 4.6%. Peratus perbezaan peningkatan paling sedikit dialami negeri Melaka dengan 3.0%. Manakala, tertinggi diperoleh Wilayah Persekutuan Labuan dengan 9.8%. Walaupun peratusan yang ditunjukkan agak kecil, namun bilangan calon yang berada dalam kategori ini membimbangkan. Oleh itu, usaha-usaha mengatasi atau mengurangkan permasalahan ini perlu dijalankan kerana rendah pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu saling berkaitandengan mata-mata pelajaran lain juga.

Item Type:Article
Keywords:rendah pencapaian; Bahasa Melayu; Penilaian Menengah Rendah (PMR); analisis dokumen; mengikut zon
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:6354
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jun 2013 02:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page