Hubungan antara ciri-ciri rambut dan dua etnik terbesar di Malaysia

Rafina Mimi Muhamad, and Pua, Hiang and Atiah Ayunni Abdul Ghani, and Balkhis Bashuri, and Abdul Aziz Ishak, and Khairul Osman, (2012) Hubungan antara ciri-ciri rambut dan dua etnik terbesar di Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (2). pp. 19-23. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

371kB

Abstract

Penentuan kumpulan bangsa dalam analisis rambut pada kepala adalah satu cabaran yang dihadapi dalam analisis forensik untuk mengenal pasti mangsa, suspek dan tempat kejadian jenayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara dua kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina melalui penelitian ciri-ciri rambut. Ini termasuklah ciri umum rambut, corak kutikel, warna, taburan pigmen kortek dan ciri medula – jenis, ketebalan dan indeks medula. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan mikroskop cahaya dan terdiri daripada lima langkah iaitu penyediaan sampel, penelitian ciri umum rambut, penyediaan dan penelitian slaid acuan corak sisik kutikel, slaid kortek serta medula. Hasil daripada kajian in mendapati bahawa kebanyakan Melayu mempunyai warna pigmen yang bercoklat gelap manakala Cina mempunyai pigmen coklat cerah. Kami juga mendapati bahawa ketebalan medula boleh juga digunakan untuk membezakan antara Melayu dan Cina di mana nilai purata bagi Melayu dan Cina masing-masing adalah 7.59 ± 1.45 μm dan 9.12 ± 1.85 μm. Nilai purata indeks medula bagi Melayu dan Cina pula adalah 0.17 ± 0.02 μm dan 0.18 ± 0.02 μm masing-masing. Walaupun begitu, ciri-ciri seperti tekstur, ketebalan rambut, corak sisik kutikel, taburan pigmen dan jenis medula pula menunjukkan perbezaan yang tidak ketara antara Melayu dan Cina. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa warna pigmen, ketebalan medula dan indeks medula adalah ciri-ciri penting yang boleh digunakan untuk menentukan bangsa.

Item Type:Article
Keywords:Sains forensik; rambut; bangsa; sisik kutikel; medula
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6355
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Jun 2013 04:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page