Persepsi terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan klinikal di kalangan pelajar fisioterapi semasa penempatan klinikal

Ayiesah Ramli, and Nur Izaty Ramli, and Kamaria Kamarudin, and Siti Esah Bahari, and Nor Azura Azmi, (2012) Persepsi terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan klinikal di kalangan pelajar fisioterapi semasa penempatan klinikal. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (2). pp. 1-7. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

459kB

Abstract

Kajian ini mengenal pasti persepsi pelajar fisioterapi tahun tiga terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa di penempatan klinikal. Seramai 154 pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan diploma dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu telah terlibat dengan menjawab soal selidik. Nilai kebolehpercayaan didapati tinggi bagi skala soal selidik aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diukur menggunakan Cronbach alpha (α = 0.94). Hasil kajian membuktikan terdapat perbezaan yang bererti (p < 0.05) mengenai persepsi pelajar dari segi tempoh penempatan klinikal, bilangan pelajar yang sesuai dalam sesuatu sesi pengajaran di klinikal, dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu ‘aktiviti bertumpukan pesakit’ serta ‘maklum balas kepada pelajar.’ Kajian mendapati tahap pengajian mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa di penempatan klinikal. Kesimpulannya, tahap pengajian merupakan salah satu faktor penyebab yang mempengaruhi kadar pembelajaran pelajar semasa menjalani pendidikan klinikal.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan klinikal; pelajar fisioterapi; persepsi; ijazah sarjana muda; diploma
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6357
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Jun 2013 04:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page