Variasi dalam pengukuran elektroretinogram paten

Shaznida Ghulam, and Norhani Mohidin, and Rokiah Omar, (2012) Variasi dalam pengukuran elektroretinogram paten. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (2). pp. 31-36. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

521kB

Abstract

Elektroretinogram paten (pERG) adalah pengrekodan respons retina terhadap stimulus paten yang dipancarkan bersilih ganti. Ia memberi maklumat mengenai integriti sel dalaman retina khasnya sel ganglion. Pengrekodan pERG dalam sesebuah makmal boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor, maka piawai makmal perlu ada untuk memastikan bacaan pERG yang diperolehi boleh diulang dan dihasilkan semula. Objektif kajian ini ialah untuk menentusahkan faktor yang mungkin mempengaruhi pengukuran pERG untuk paiwaian Makmal Elektrofisiologi Jabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini melibatkan 45 orang subjek yang berumur di antara 20 hingga 25 tahun yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Faktor yang dikaji adalah 1) kesan penggunaan anestetik Alcaine 0.5%, 2) variasi pengukuran pada waktu pagi dan petang dan 3) saiz dan bentuk target fiksasi yang berbeza terhadap bacaan pERG (amplitud dan tempoh pendam). Ujian-t berpasangan mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pengukuran sebelum dan selepas penggunaan Alcaine 0.5% bagi amplitud (p = 0.116) dan tempoh pendam (p = 0.557). Pengukuran pada waktu pagi dan petang juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi amplitud (p = 0.864) dan tempoh pendam (p = 0.174). Untuk bentuk dan saiz target yang berbeza, didapati tiada perbezaan yang signifikan untuk parameter amplitud (p = 0.125) dan tempoh pendam (p = 0.404). Kesimpulannya, penggunaan Alcaine 0.5%, pengukuran pada waktu pagi dan petang dan target fiksasi yang berbeza tidak mempengaruhi bacaan pERG di Makmal Elektrofisiologi, FSK, UKM. Hasil kajian boleh diguna pakai untuk perbandingan dalam penyelidikan ataupun tujuan pendiagnosan penyakit retina di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Elektroretinogram paten; anestetik; variasi masa; target fiksasi
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6359
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Jun 2013 04:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page