Penilaian dos sinaran ke atas gonad dan tiroid semasa prosedur PET-CT

Rukiah A. Latiff, and Akmal Sabaruddin, and Norfadilah Mat Nor, (2012) Penilaian dos sinaran ke atas gonad dan tiroid semasa prosedur PET-CT. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (2). pp. 37-42. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

395kB

Abstract

Gonad dan tiroid merupakan organ radiosensitif yang memerlukan pelindung sinaran untuk mengurangkan dos yang diterima. Walau bagaimanapun, pelindung sinaran tidak digunakan secara meluas dalam pengimejan radionuklid kerana ianya berat, kurang selesa dan boleh mendatangkan kesakitan pada tulang belakang. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui keupayaan pelindung sinaran gonad dan tiroid yang lebih nipis dan ringan dalam mengurangkan dos sinaran. Satu kajian telah dijalankan di Hospital Putrajaya untuk menentukan dos sinaran yang diterima oleh tiroid dan gonad semasa prosedur lengkap Tomografi Pancaran Positron-Tomografi Berkomputer (PET-CT) dengan dan tanpa pelindung sinaran. Seramai 6 orang kakitangan lelaki telah dipilih sebagai subjek dan data daripada 33 prosedur lengkap PET-CT telah dikumpulkan. Untuk setiap prosedur PET-CT, tiroid dan gonad subjek masing-masing dilindungi menggunakan pelindung sinaran berketebalan 0.5 mm model Mavig 615 (USA) dan Shielding International (USA). Cip dosimeter pendarkilau terma (TLD) digunakan sebagai pengesan dos sinaran.Purata radioaktiviti 18F-FDG yang disuntik ke dalam pesakit adalah 387 MBq dan purata tempoh imbasan adalah 9.224 ± 1.797 minit. Keputusan menunjukkan purata dos setara yang diterima oleh tiroid dengan dan tanpa pelindung adalah masing-masing 0.080 ± 0.033 mSv dan 0.078 ± 0.039 mSv. Purata dos setara yang diterima gonad dengan dan tanpa penggunaan pelindung pula adalah masing-masing 0.059 ± 0.040 mSv dan 0.061 ± 0.030 mSv. Pelindung sinaran berketebalan 0.5 mm tidak berupaya mengurangkan dos sinaran yang diterima oleh tiroid (p = 0.76) dan gonad (p = 0.79) akibat terlalu nipis untuk menahan sinaran bertenaga tinggi semasa prosedur PET-CT. Tiroid menerima dos sinaran yang lebih tinggi sebanyak 0.016 mSv berbanding gonad (p < 0.05) kerana kedudukan tiroid yang lebih terdedah kepada sumber sinaran iaitu 18F-FDG semasa penyediaan radiofarmaseutikal tersebut dan pesakit yang sudah disuntik 18F-FDG semasa prosedur PET-CT.

Item Type:Article
Keywords:Dos setara; Alat pelindung sinaran; TLD
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6361
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Jun 2013 04:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page