Harold Criso Anak Ajin, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Abdul Hamid Abd Aziz, and Ahmad Zorin Sahalan, and Wan Omar Abdullah, (2012) Kajian prevalens vaginosis bakteria melalui lumuran pap lazim di Hospital Umum Sarawak, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (2). pp. 15-18. ISSN 1675-8161
PDF
Restricted to Repository staff only 527kB |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan vaginosis bakteria di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak, Malaysia melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan kaum Orang Ulu. Penyaringan mikroskopi dijalankan ke atas 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelup Papanicolaou. Berdasarkan kepada maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel–sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan jangkitan vaginosis bakteria mencatatkan sebanyak 79.7% (239/300 kes). Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan jangkitan lebih kerap ditemui pada golongan umur 20 tahun hingga 39 tahun. Majoriti kes (93.3%) menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan menjalani ujian lumuran Pap sebagai ujian mengesan jangkitan vaginosis bakteria selain saringan awal pengesanan kanser serviks.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Vaginosis bakteria; lumuran pap lazim; etnik; Malaysia |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 6364 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 24 Jun 2013 04:49 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:40 |
Repository Staff Only: item control page