Aplikasi rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera

Siti Salwa Atan, and Jamaludin Badusah, (2013) Aplikasi rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (1). pp. 31-41. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

283kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/current.aspx

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Zon Seremban 2, Seremban. Seramai 30 orang guru yang kesemuanya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dengan lima skala Likert bagi tujuan mengumpulkan maklumat. Pengkaji melakukan analisis deskriptif seperti min dan frekuensi untuk melihat persepsi dan kesediaan guru -guru berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat menunjukkan sikap yang sangat positif berkaitan penggunaan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.Guru-guru bersedia menggunakan rangkaian sosial ini untuk diaplikasikan bersama murid. Analisis data dilakukan dengan sokongan Program SPSS (Statistical Package for Social Science)versi 20.0 dan skor min bagi setiap dimensi persepsi dan kesediaan dijadualkan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang juga turut dikemukakan di akhir kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:persepsi dan kesediaan; guru-guru Bahasa Melayu; rangkaian sosial Google Plus; Komsas
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:6367
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jun 2013 06:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page