Pengenalpastian mikroflora bakteria selain Bacillus sp. dari Kolam Air Panas Bentong, Pahang, Malaysia

Abdul Hamid Abdul Aziz, and Nur Fariza Mat Reffin, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Hing, Hiang Lian and Ahmad Zorin Sahalan, (2012) Pengenalpastian mikroflora bakteria selain Bacillus sp. dari Kolam Air Panas Bentong, Pahang, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (2). pp. 53-55. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

284kB

Abstract

Suatu kajian mengenai pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria dari kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan suhu yang tinggi dengan pembentukan endospora. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti spesies bakteria selain daripada spesies Bacillus sp. yang boleh dipencilkan dari kolam air panas. Tiga buah kolam air panas (A, B dan C) dikenal pasti dengan julat suhunya antara 36°C-52°C dan nilai pH antara 7.88-8.65. Kajian ini telah berjaya memencilkan dua pencilan bakteria kokus Gram positif dan tiga spesies basilus Gram negatif. Spesies Gram positif tersebut adalah dari genus Streptococcus dan Staphylococcus, manakala bagi Gram negatif pula terdapat masalah dalam pengenalpastian dan hanya dikenali sebagai X, XI and XII.

Item Type:Article
Keywords:Kolam air panas; Kokus Gram positif; Gram negatif; Malaysia
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6369
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Jun 2013 06:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page