Aplikasi strategi kesedaran metakognisi semasa membaca teks moden dan klasik dalam kalangan murid prauniversiti

Yahya Othman, and Maszuraimah Muizz Sulaiman, (2013) Aplikasi strategi kesedaran metakognisi semasa membaca teks moden dan klasik dalam kalangan murid prauniversiti. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (1). pp. 61-71. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

213kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/current.aspx

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesedaran strategi metakognitif dalam membaca bagi murid tingkatan enam. Kajian ini membandingan kesedaran strategi metakognitif yang digunakan dalam membaca teks Bahasa Melayu klasik (BMK) dan teks Bahasa Melayu standard (BMS). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Tiga set instrumen digunakan bagi mengumpul data, iaitu (i) teks bacaan Bahasa Melayu standard dan teks bacaan Bahasa Melayu klasik, (ii) soalan kefahaman dan (iii) satu set inventori strategi MARSI (Metacognitive Awareness Reading Strategies Inventory)mengandungi 30 item bagi mengukur strategi pembacaan metakognitif. Seramai 45 murid tingkatan enam dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Selain daripada itu, pengkaji turut menjalankan pemerhatian dan temu bual terhadap tiga sampel yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa,tahap pemahaman murid semasa membaca teks BMK lebih tinggi daripada pencapaian dalam teks BMS. Dapatan juga menunjukkan bahawa strategi metakognitif lebih kerap digunakan semasa membaca teks BMK berbanding teks BMS. Strategi penyelesaian masalah merupakan strategi yang paling kerap digunakan semasa membaca teks BMK dan BMS, dan strategi ini juga mempengaruhi pencapaian markah ujian pemahaman bagi kedua-dua teks bacaan. Secara keseluruhannya, didapati sampel kajian menggunakan strategi metakognitif dalam bacaan mereka pada tahap yang memuaskan.

Item Type:Article
Keywords:strategi membaca; strategi metakognitif; Inventori MARSI; teks bahasa Melayu standard; teks bahasa Melayu klasik
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:6372
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jun 2013 07:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page