Prospek penggunaan dinar emas sebagai mata wang: analisis berdasarkan teori monetari

Salmy Edawati Yaacob, and Sanep Ahmad, (2012) Prospek penggunaan dinar emas sebagai mata wang: analisis berdasarkan teori monetari. Jurnal Pengurusan, 36 . pp. 161-171. ISSN 0127-2713

[img] Microsoft Word
Restricted to Repository staff only

47kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Kajian ini rnenganalisis prospek penggunaan dinar emas sebagai mata wang berdasarkan kesesuaiannya dengan ekonomi semasa iaitu sama ada dalam bentuk fizikal yang dikenali sebagai sistem Fizikal Dinar Emas (FDE) atau sandaran nilai melalui sistem Sandaran Nilai Dinar Emas (sDE). Isu kajian ini dianalisis berdasarkan penilaian empat teori monetari iaitu teori mata wang, teori penawaran dan permintaan wang, teori Hukum Gresham "wang buruk mengusir wang baik" dan teori wilayah mata wang optimum (optimum currency area, OCA). Kaftan ini menunjukkan bahcrwa penggunaanfizikal dinar emas sebagai mata wang adalah tidak praktikal dalam ekonomi semasa kerana bercanggah dengan hampir kesemua teori monetari. Manakala, penggunaan dinar emas sebagai sandaran nilai pula lebih sesuai kerana ia memenuhi hampir kesemua teori monetari iaitu teori mata wang, teori Hukum Gresham dan teori OCA. Justeru, kajian ini menyarankan bahawa prospek dinar emas untuk dilaksanakan dalam ekonomi semasa adalah lebih baikjika ia berfungsi dalam bentuk sandaran nilai berbanding dengan fizikal dinar emas.

Item Type:Article
Keywords:Fizikal Dinar Emas (FDE); Sandaran Nilai Dinar Emas (SDE); Teori Penawaran dan Permintaan Wang; Teori Hukum Gresham; Wilayah Mata Wang Optimum; Teori Monetari
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:6388
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2013 04:07
Last Modified:05 Jul 2013 03:50

Repository Staff Only: item control page