Motif dan kekerapan penggunaan facebook dalam kalangan pelajar universiti

Mohd Zaidi Mahmud, and Bahiyah Omar, (2013) Motif dan kekerapan penggunaan facebook dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 29 (1). pp. 35-54. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
404kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/

Abstract

Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook terserlah terutama dalam kalangan remaja. Turut menerima tempias keghairahan remaja menggunakan Facebook adalah golongan pelajar universiti Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif pelajar universiti menggunakan Facebook dan perhubungan motif dengan kekerapan penggunaan laman sosial ini. Satu survei terhadap 400 orang pelajar Universiti Sains Malaysia telah dijalankan dan data kemudiannya dianalisa secara kuantitatif. Analisa Faktor menghasilkan lima motif – merasa hebat berteman, menghiburkan, mengekalkan hubungan, menyertai komuniti maya dan memcari maklumat – bagi penggunaan Facebook. Kajian ini juga menguji perhubungan di antara kelima-lima motif ini dengan kekerapan penggunaan Facebook yang diukur mengikut jumlah kawan di dalam akaun Facebook dan jumlah jam penggunaan Facebook dalam seminggu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga motif – iaitu merasa hebat berteman, menghiburkan dan mencari maklumat – didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan Facebook. Manakala motif menghiburkan adalah faktor penyumbang dominan yang signifikan kepada model regresi pengggunaan facebook dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Motif; kekerapan penggunaan; Facebook
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:6420
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2013 00:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page