Kredibiliti media dan penyertaan dalam persekitaran pengdemokrasian maklumat di Malaysia

Azmah Ab Wahab, and Samsudin A. Rahim, (2013) Kredibiliti media dan penyertaan dalam persekitaran pengdemokrasian maklumat di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 29 (1). pp. 141-160. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
387kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/

Abstract

Perkembangan teknologi telah mengubah landskap industri media dengan mewujudkan persaingan antara media tradisional dan media baru. Seiring itu, takrifan konstruk kredibiliti media juga turut berubah bersesuaian dengan perubahan landskap media ini. Kajian ini bertujuan membentuk dan menguji ukuran baharu kredibiliti media. Turut menjadi fokus kajian ini, ialah bagaimana pendidikan dan persepsi mempengaruhi penggunaan media dan bagaimana penggunaan media serta kredibiliti media mempengaruhi penyertaan khalayak dalam menyuarakan pendapat. Untuk mendapatkan data, 210 responden ditemubual dengan kaedah survei. Responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 20 hingga 70 tahun dan tinggal di Mukim Kajang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan responden meletakkan kredibiliti berita sebagai dimensi kredibiliti media yang lebih utama berbanding dengan dimensi kredibiliti medium. Selain itu penggunaan media tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kredibiliti media secara keseluruhan, tetapi mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi kredibiliti medium. Kredibiliti media juga tidak mempunyai hubungan signifikan dengan penyertaan tetapi sebaliknya, penggunaan media menunjukkan hubungan yang signifikan dengan penyertaan.

Item Type:Article
Keywords:kredibiliti media; kredibiliti berita; pendemokrasian maklumat; penyertaan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:6426
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2013 01:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page