Pengaruh faktor sosial kesan kempen media tak nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia

Daing Diana Maarof, and Mohd Nizam Osman, (2013) Pengaruh faktor sosial kesan kempen media tak nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 29 (1). pp. 179-198. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
440kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/

Abstract

Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini begitu membimbangkan semua pihak. Malah remaja yang merokok bukan sahaja membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan remaja perempuan di negara ini. Terdapat kempen-kempen anti merokok telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini. Namun kempen ini dikatakan gagal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pengaruh sosial yang mempengaruhi remaja merokok dan hubungannya dengan kesan-kesan kempen Tak Nak merokok terhadap remaja. Seramai 382 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 21 tahun yang berada di sekitar Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang telah dikutip dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai dan statistik inferensi (korelasi pearson). Kajian ini mendapati faktor pengaruh sosial seperti rakan sebaya, keluarga dan diri sendiri mempengaruhi remaja untuk merokok dan hasil kajian ini juga mendapati antaranya terdapat hubungan yang negatif tetapi signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan kesan kempen terhadap kognitif.

Item Type:Article
Keywords:hubungan; faktor pengaruh sosial; kesan kempen
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:6428
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2013 03:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page