Jamaluddin Md. Jahi, (2011) Perubahan persekitaran fizikal dan keselamatan manusia. Malaysian Journal of Environmental Management, 12 (2). pp. 3-10. ISSN 1511-7855
|
PDF
175kB |
Official URL: http://www.emsmalaysia.org
Abstract
Perubahan persekitaran fizikal dapat dikesan melalui banyak aspek dan sekiranya konsep keselamatan diambil kira ianya dapat dinyatakan melalui persekitaranan fizikal itu sendiri, manusia, tenaga,makanan dan air. Sejak pembentukan bumi lebih 4600 juta tahun yang lalu banyak perubahan terhadap persekitaran fizikal yang telah berlaku terutamanya berkaitan perubahan suhu global yang diikuti oleh sama ada pembentukan litupan ais yang tebal atau pencairan ais yang menyebabkan penurunan atau kenaikan aras laut. Sebelum kewujudan manusia apa sahaja bentuk perubahan persekitaran fizikal hanya diikuti oleh tindakbalas komponen-komponen persekitaran fizikal itu sendiri. Namun sejak kewujudan manusia di muka bumi kira-kira 2.5 juta tahun yang lampau, banyak perubahan terhadap persekitaran fizikal yang telah dilakukan oleh manusia dalam rangka memenuhi keperluan mereka.Perubahan-perubahan tersebut menjadi bertambah ketara apabila jumlah populasi manusia bertambah dengan banyaknya. Kira-kira 200 tahun yang lalu populasi manusia dikatakan berada pada hanya satu bilion orang, tetapi kini jumlahnya telah melampaui enam bilion. Perubahan terhadap persekitaran fizikal dapat dikesan melalui isu-isu penyahhutanan, perubahan pada unsur-unsur cuaca dan iklim,kemerosotan kualiti udara, air, marin, tanah dan pelbagai lagi. Makalah ini menyentuh tentang aspek keselamatan manusia akibat perubahan persekitaran fizikal yang sebenarnya mempunyai hubungkaitan dengan konsep keselamatan persekitaran itu sendiri, tenaga, makanan, air dan udara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | persekitaran fizikal; keselamatan manusia; keselamatan persekitaran; perubahan suhu global; kenaikan dan penurunan aras laut |
Journal: | Malaysian Journal of Environmental Management |
ID Code: | 6430 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Aug 2013 06:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page