Pengukuran kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan di destinasi pelancongan Pulau Kapas: pendekatan faktor analisis

Norlida Hanim Mohd Salleh, and Redzuan, O. and Kalsom, Z. and Tamat, S. (2011) Pengukuran kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan di destinasi pelancongan Pulau Kapas: pendekatan faktor analisis. Malaysian Journal of Environmental Management, 12 (2). pp. 23-32. ISSN 1511-7855

[img]
Preview
PDF
182kB

Official URL: http://www.emsmalaysia.org

Abstract

Artikel ini disasarkan kepada kajian yang bertujuan untuk mengukur kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan termasuk alam sekitar yang ditawarkan oleh Taman Laut Pulau Kapas (TLPK). Sejumlah 46 pembolehubah perkhidmatan dan alam sekitar yang berkaitan telah dinilai dengan menggunakan kaedah analisis faktor dengan model Service Quality (SERQUAL). Hasil daripada analisis faktor yang dilakukan terhadap pembolehubah tersebut menghasilkan lima bentuk perkhidmatan yang akan dinilai dari segi kepuasan pelancong iaitu: i) imej destinasi, ii) perkhidmatan sokongan dan keselamatan, iii) kebersihan dan keseluruhan lawatan, iv) kepelbagaian produk pelancongan dan v) infrastruktur. Dapatan ini disokong oleh nilai Cronbach alfa yang tinggi iaitu bernilai lebih daripada 0.80. Dari segi kepuasan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan didapati kepuasan sebenar pelancong adalah lebih rendah dengan nilai min antara 3.93-4.44 berbanding kepuasan yang mencatat min antara 4.43-4.87. Namun, nilai ini adalah melebihi min toleransi yang boleh diterima oleh pelancong.

Item Type:Article
Keywords:kepuasan pelancong; kualiti alam sekitar; Taman Laut Pulau Kapas; analisis SERQUAL
Journal:Malaysian Journal of Environmental Management
ID Code:6432
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Aug 2013 06:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page