Analisis tren penyakit denggi di daerah Hulu Langat, Selangor

Er, Ah Choy and Asmahani Atan, and Mazrura Sahani, and Rozita Hod, and Hidayatulfathi Othman, (2011) Analisis tren penyakit denggi di daerah Hulu Langat, Selangor. Malaysian Journal of Environmental Management, 12 (2). pp. 67-75. ISSN 1511-7855

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: http://www.emsmalaysia.org

Abstract

Perubahan iklim memberi impak kepada kehidupan dan mengancam kesihatan manusia. Antara faktornya ialah peningkatan penduduk, suhu dunia seperti pemanasan global serta darjah pergantungan ke atas bahan pembakar fossil yang semakin meningkat. Pemindahan gas rumah hijau ke atmosfera mengakibatkan gangguan ke atas lapisan ozon stratosfera dan meningkatkan radiasi ultraungu ke permukaan bumi. Perubahan persekitaran suhu dan kerpasan serta peningkatan aras laut mempunyai impak negatif ke atas kesihatan manusia. Kebanyakan kajian mengenai perubahan iklim dan kesihatan awam daripada perspektif sains dan bukannya sains sosial. Keakhiran kesihatan yang spesifik akibat perubahan iklim dikategori oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) seperti kesan langsung haba dan gelombang panas, pencemaran udara, bencana (banjir dan angin ribut), penyakit bawaan vektor, diarea bawaan air dan bawaan makanan, penipisan ozon stratosphera dan keselamatan makanan. Semua perubahan ini mengakibatkan berlakunya peningkatan kematian, kemorbidan serta peningkatan kes penyakit-penyakit seperti denggi, malaria, chikungunya, diarea, asma dan lain-lain. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis impak sosio-ekonomi perubahan iklim ke atas kesihatan manusia fokus kepada senario penyakit bawaan vektor di Daerah Hulu Langat, iaitu Lembangan Sungai Langat. Data sekunder berkaitan dengan bilangan kes penyakit bawaan-vektor dikumpul dari Pejabat Kesihatan Daerah, laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, temubual dengan pakar serta penyelidik perubahan iklim dan kesihatan awam.

Item Type:Article
Keywords:perubahan iklim; kesihatan awam; sosio-ekonomi; denggi; Hulu Langat; Selangor
Journal:Malaysian Journal of Environmental Management
ID Code:6436
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Aug 2013 07:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page