Mohamad Naim Mohamad Rasidi, and Mazrura Sahani, and Hidayatulfathi Othman, and Rozita Hod, and Shaharudin Idrus, and Zainudin Mohd Ali, and Er, Ah Choy and Mohd Hafiz Rosli, (2013) Aplikasi sistem maklumat geografi untuk pemetaan reruang-masa: suatu kajian kes denggi di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Sains Malaysiana, 42 (8). pp. 1073-1080. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Penyakit denggi merupakan penyakit bawaan vektor yang menjadi salah satu ancaman utama kesihatan awam di Malaysia. Pemetaan taburan kes denggi daripada aspek reruang-masa boleh menjadi kaedah yang berguna dalam menilai risiko denggi kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk memetakan taburan reruang dan reruang-masa kes-kes denggi di dalam daerah Seremban, dijalankan dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS) khususnya analisis reruang dan reruang-masa. Analisis taburan reruang menggunakan Indeks Moran, purata kejiranan terdekat (ANN) dan anggaran kepadatan Kernel. Analisis reruang-masa ditentukan dengan indeks kekerapan, jangka masa dan intensiti untuk mengenal pasti kawasan berisiko denggi mengikut masa. Sejumlah 6076 kes denggi dicatatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dari tahun 2003 hingga 2009. Kadar insiden denggi adalah tinggi pada tahun 2003, 2008 dan 2009 dengan nisbah denggi : denggi berdarah adalah 21.6:1. Indeks Moran menunjukkan kes denggi berlaku dalam pengelompokan dengan skor Z adalah 16.384 (p=0.000). Analisis ANN dengan 0.264 (p= 0.000) dengan purata jarak insiden antara kes denggi di dalam kawasan kejiranan adalah 55 m. Anggaran kepadatan Kernel menunjukkan lokasi kawasan panas kes denggi tertumpu di Nilai dan Ampangan. Analisis reruang masa dengan purata nilai tertinggi indeks kekerapan, jangka masa dan intensiti masing-masing melebihi 0.023, 0.614 dan 0.657 di kawasan berisiko tinggi denggi di Nilai, Seremban dan Ampangan. Pengawalan denggi perlu diberi tumpuan kepada kawasan berisiko tinggi ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Denggi; GIS; statistik reruang-masa |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 6445 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Aug 2013 03:57 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page