Darfizzi Derawi, and Jumat Salimon, (2013) Penghasilan poliol minyak sawit olein secara hidrolisis selanjar dan berkelompok. Sains Malaysiana, 42 (8). pp. 1121-1129. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Sebatian poliol minyak sawit olein (di-hidroksi-POo) (70% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPOo) secara hidrolisis selanjar dan berkelompok. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (97.2%) bagi kedua-dua tindak balas selama 90 min (tindak balas selanjar) dan 75 min (tindak balas berkelompok) dengan menggunakan mangkin asid perklorik 3% v/wt. Spektrum transformasi Fourier inframerah (FTIR) di-hidroksi-POo menunjukkan kehadiran puncak lebar getaran regangan kumpulan hidroksil pada nombor gelombang 3429 cm-1, menunjukkan sebatian poliol telah berjaya dihasilkan. Spektrum resonan magnetik nukleus-karbon (13C-NMR) di-hidroksi-POo telah menunjukkan kehadiran puncak karbon yang terikat dengan kumpulan hidroksil (74.5 ppm). Spektrum resonan magnetik nukleus-proton (1H-NMR) di-hidroksi-POo telah menunjukkan kehadiran puncak proton yang terikat pada karbon poliol (3.4 ppm) dan proton pada kumpulan hidroksil (4.6 ppm). Kelikatan kinematik produk poliol (nilai hidroksil sebanyak 110.7 mgKOH/g minyak) adalah 1435.2 cSt (40oC) dan 55.2 cSt (100oC) dengan indeks kelikatan 78.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | hidrolisis; minyak sawit olein terepoksida; poliol minyak sawit olein |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 6451 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Aug 2013 07:29 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page