Morfologi dan sifat magnet filem La1-xSrxMnO3(0 ≤ x ≤ 0.25) di atas substrat kuarza

Zalita, Z. and Abdullah, H. and Zulfakar, M.S. and Shaari, S. (2013) Morfologi dan sifat magnet filem La1-xSrxMnO3(0 ≤ x ≤ 0.25) di atas substrat kuarza. Sains Malaysiana, 42 (8). pp. 1145-1149. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Sampel larutan kompleks La1-xSrxMnO3 (LSMO) dengan 0 ≤ x ≤ 0.25 telah disediakan menggunakan kaedah Pechini. Larutan LSMO seterusnya dimendapkan ke atas substrat kuarza menggunakan kaedah salutan berputar dan seterusnya disepuh lindap pada suhu 750°C selama satu jam. Corak pembelauan sinar-X bagi filem yang mengandungi Sr bersesuaian dengan LSMO berstruktur rombohedron . Morfologi permukaan filem menunjukkan struktur yang berlainan bagi nilai x yang berlainan dengan lebih banyak pembentukan rekahan permukaan filem dengan peningkatan Sr. Sifat magnet pada suhu bilik menunjukkan kewujudan lengkungan histeresis untuk kesemua sampel. Sampel filem nipis La1-xSrxMnO3 dengan x = 0.00, 0.05 dan 0.10 menunjukkan sifat feromagnet yang lemah manakala filem dengan x = 0.15, 0.20 dan 0.25 adalah bersifat paramagnet. Sampel dengan x = 0.10 mempunyai nilai pemagnetan yang paling tinggi pada medan 12 kOe iaitu 0.48 emu/g.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah Pechini; manganit; rombohedral
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6454
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Aug 2013 07:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page