Mohd Rashid Ab Hamid, and Zainol Mustafa, and Nur Riza Mohd. Suradi, and Fazli Idris, and Mokhtar Abdullah, (2013) Perbandingan anggaran parameter terhadap model kecemerlangan prestasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersandarkan nilai teras: pendekatan penganggaran kebolehjadian maksimum (ML) dan kuasa dua terkecil separa (PLS). Sains Malaysiana, 42 (8). pp. 1159-1166. ISSN 0126-6039
|
PDF
304kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Pemodelan persamaan struktur (SEM) merupakan analisis statistik multivariat yang mengkaji hubungan antara konstruk mengikut teori atau kajian terdahulu melalui model hipotesis yang dibina. Kebiasaannya, kaedah penganggaran yang digunakan dalam analisis pemodelan ini adalah penganggaran kebolehjadian maksimum (ML). Kaedah penganggaran tersebut memerlukan taburan data yang bersifat kenormalan multivariat di samping memenuhi bilangan sampel yang tertentu. Oleh itu, penganggaran kuasa dua terkecil separa (PLS) amat berperanan dalam mengatasi dua kekangan berkenaan dan isu multikolineariti. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk melakukan analisis perbandingan keputusan pemodelan terhadap anggaran parameter dalam Model Kecemerlangan Prestasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bersandarkan nilai teras bagi mendapatkan model akhir yang mematuhi kedua-dua teknik penganggaran ML dan PLS berkenaan. Model akhir merupakan model kecemerlangan yang disemak semula berdasarkan tahap kesignifikanan secara statistik dan penting secara praktikal bagi semua pekali lintasan dalam model. Kesimpulannya, kedua-dua teknik penganggaran yang digunakan saling melengkapi antara satu sama lain dan memberikan nilai tambah kepada model hipotesis yang diuji.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis perbandingan; kebolehjadian maksimum; model kecemerlangan prestasi IPT bersandarkan nilai teras; pemodelan persamaan struktur; penganggaran kuasa dua terkecil separa |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 6456 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Aug 2013 00:22 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page