Pencirian keseragaman campuran dan sifat reologi serbuk alumina-Zirkonia untuk pengacuan suntikan seramik

Sarizal Md Ani, and Andanastuti Muchtar, and Norhamidi Muhamad, and Jaharah A. Ghani, (2013) Pencirian keseragaman campuran dan sifat reologi serbuk alumina-Zirkonia untuk pengacuan suntikan seramik. Sains Malaysiana, 42 (9). pp. 1311-1317. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Pencirian keseragaman campuran dan sifat reologi bahan suapan merupakan elemen penting dalam melaksanakan proses pengacuan suntikan seramik. Kesesuaian bahan suapan yang dibangunkan dapat mengurangkan masalah yang timbul ketika proses pengacuan suntikan, penyahikatan dan pensinteran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pembebanan serbuk yang optimum berdasarkan kepada keseragaman campuran dan sifat reologi bahan. Pencirian keseragaman campuran ditentukan berdasarkan kepada nilai tork yang rendah dan berkeadaan mantap. Kajian reologi pula dilakukan dengan menggunakan mesin reometer rerambut. Ujian dijalankan pada julat suhu 150 dan 170oC dengan beban kenaan antara 20 dan 90 kgf. Bahan suapan yang digunakan terdiri daripada kombinasi serbuk seramik alumina-zirkonia bersama bahan pengikat polietilena berketumpatan tinggi, lilin parafin dan asid stearik. Hasil kajian menunjukkan bahan suapan bersifat pseudoplastik dengan pencampuran bahan yang seragam dalam tempoh kurang daripada 30 min. Hasil keputusan juga mendapati pada pembebanan serbuk 57% isi padu adalah yang paling optimum untuk proses pengacuan suntikan seramik berdasarkan kepada nilai kelikatan, indeks hukum kuasa dan tenaga pengaktifan aliran yang rendah.

Item Type:Article
Keywords:Alumina-zirkonia; keseragaman campuran; pengacuan suntikan seramik; sifat reologi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6474
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Aug 2013 02:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page