Pendekatan pengesanan titik sauh secara automatik bagi kesan pin peletup senjata api

Zun, Liang Chuan and Nor Azura Md Ghani, and Choong, Yeun Liong and Abdul Aziz Jemain, (2013) Pendekatan pengesanan titik sauh secara automatik bagi kesan pin peletup senjata api. Sains Malaysiana, 42 (9). pp. 1339-1344. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
640kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Oleh sebab kejadian jenayah bersenjata api semakin berleluasa, pengecaman senjata api yang digunakan oleh penjenayah amat diperlukan sebagai bahan bukti dalam mahkamah. Beberapa sistem pengecaman senjata api telah diutarakan sebagai pengganti kepada cara penyiasatan tradisional yang amat bergantung kepada kepakaran ahli balistik. Pemetakan rantau tumpuan (ROI) berdasarkan kedudukan titik sauh (PAP) sempadan bulatan kesan pin peletup pada tapak kelongsong peluru merupakan langkah yang amat penting dalam sistem pengecaman senjata api automatik. Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan dalam kajian lepas bagi mengesan PAP sempadan bulatan tersebut adalah sangat kompleks dan memerlukan masa pemprosesan yang panjang. Kajian ini menerokai algoritma yang efisien dan berkemampuan untuk mengesan PAP sempadan bulatan secara automatik. Algoritma yang diutarakan merupakan gabungan daripada penapis penajaman reruang, penormalan histogram, pengambangan dan penganggar kuasa dua terkecil tak berpemberat. Dua kaedah pengambangan yang terkenal telah diuji dan dibandingkan, iaitu kaedah pengambangan berasaskan pengelompokan dan kaedah berasaskan entropi. Di samping itu, penerokaan kesan saiz dan bentuk ROI terhadap kadar pengelasan senjata api turut dipersembahkan. Sebanyak 747 imej kesan pin peletup jenis sempadan bulatan peletup yang dihasilkan oleh lima pucuk pistol yang berlainan daripada jenis yang sama digunakan untuk menguji algoritma yang diutarakan. Kadar pengelasan imej kesan pin peletup yang memberangsangkan (> 95%) telah dicapai dengan algoritma yang dicadangkan. Kajian juga mendapati bahawa saiz dan bentuk pemetakan ROI mempunyai kesan langsung terhadap kadar pengelasan senjata api.

Item Type:Article
Keywords:Balistik forensik; rantau tumpuan; senjata api; titik sauh
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6478
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Aug 2013 04:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page