Zamali Tarmudi, and Abu Osman Md Tap, (2013) Ubah suaian perluasan-TOPSIS untuk keputusan multi-kriterium linguistik kabur. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (1). pp. 21-31. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Repository staff only 748kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/
Abstract
Dapat diperhatikan bahawa kata putus dalam masalah multi-kriterium yang dibuat secara linguistik kabur adalah lebih mudah serta ‘mesra pengguna’ berbanding dengan menggunakan nilai skala yang kuantitatif. Dalam kajian ini diusulkan pendekatan pemboleh ubah linguistik kabur untuk dimanfaat dalam kaedah ubah suaian perluasan-TOPSIS (Technique for Order Preference by Similarity to Ideal Solution) secara mengurangkan daripada sebelas kepada tiga potongan-α. Analisis dimulai dengan mengkuantitikan pemboleh ubah linguistik kabur melalui nombor kabur segi tiga untuk diterapkan dalam gabungan kaedah perluasan-TOPSIS dan pengaturcaraan tak linear. Selanjutnya, pengiraan dibuat untuk mendapatkan tiga nilai potongan-α, iaitu α = 0, α = 0.5 dan α = 1.0, sebelum proses penyahkaburan dan pemangkatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti alternatif yang terbaik. Di akhir kajian diberi contoh penggunaan pemboleh ubah linguistik kabur dan ubah suaian yang diusulkan berserta pengiraan yang berkaitan dalam masalah multi-kriterium pemilihan. Dapatan pengiraan menunjukkan, ia memberi manfaat dari aspek penjimatan masa pengiraan dan dapat mengurangkan kerumitan proses pemutusan tanpa menjejaskan ketepatan dapatan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | nombor kabur; pemboleh ubah linguistik; pembuat keputusan multi-kriterium; TOPSIS |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 6483 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Sep 2013 01:38 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page