Keberkesanan pengambangan entropi bersilangan dan entropi tsallis untuk sistem pengecaman balistik forensik automatik

Zun, Liang Chuan and Abdul Aziz Jemain, and Choong-, Yeun Liong and Nor Azura Md Ghani, (2013) Keberkesanan pengambangan entropi bersilangan dan entropi tsallis untuk sistem pengecaman balistik forensik automatik. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (1). pp. 33-46. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

35kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/

Abstract

Kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian adalah penunjuk yang penting dalam penyiasatan kes jenayah bersenjata api. Pihak penguat kuasa undang-undang berupaya untuk mengenal pasti jenis dan model senjata api yang digunakan oleh penjenayah menerusi kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian jenayah. Pemetakan rantau tumpuan berdasarkan kedudukan kesan pin peletup pada tapak kelongsong adalah langkah yang kritikal dalam sistem pengecaman balistik automatik. Walaupun beberapa kaedah pengesanan kedudukan kesan pin peletup telah disarankan dalam pelbagai kajian lepas; namun begitu,kaedah yang disarankan itu amat kompleks dan memerlukan masa pelaksanaan yang panjang. Justeru, kajian ini mengemukakan suatu sistem pengecaman balistik forensik automatik yang terampil dan pantas. Penganggar pengesanan kedudukan kesan pin peletup yang digunakan dalam sistem didapati adalah terampil dan teguh terhadap hingar. Sistem yang disarankan terbentuk daripada gabungan operasi penuras penajaman Laplacean, operasi penormalan histogram, dua kaedah pengambangan berasaskan entropi, dan penganggar kuasa dua terkecil penyuaian bulatan tak berpemberat. Dua kaedah pengambangan berasaskan entropi yang terkenal yang mengoptimum dan meminimum kriterium entropi tertentu diterokai dalam makalah ini. Sebanyak 747 imej kesan pin peletup yang dikumpulkan daripada lima pucuk pistol model Parabellum Vektor SP1 9mm digunakan untuk menguji keterampilan sistem yang disarankan. Kadar kejituan pengecaman senjata api bagi sistem terbaik yang dirumuskan dalam makalah ini adalah 95.4% dengan purata masa pelaksanaan 0.37 saat per imej.

Item Type:Article
Keywords:balistik forensik; kriminalistik; pengecaman spesimen balistik; pengambangan berasaskan entropi
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:6484
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2013 01:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page